Wednesday, January 6, 2010

Berilah Kemaafan, mungkin ini tidur terakhirmu

Setiap hari dalam hidup, kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Sudah pasti, dalam kepelbagaian ragam itu, ada yang menyakitkan hati kita, ada yang membuatkan kita marah. Kalau rasa ingin marah, marahlah. Luahkannya. Jangan dipendam kemarahan itu. Marah jika disimpan akan menjadi dendam. Dendam adalah sifat yang dibenci oleh Allah swt.
Sebagai manusia, kita tidak tahu sampai bila hayat kita. Entah dapat lagi melihat hari esok. Entah, kita hanya mampu berserah kepadaNYA. Kalau kita tengok umat Islam hari ini, semuanya terkejar2 kan keseronokan dunia. Seolah2 semuanya akan hidup selama-lamanya. Parti yang bertunjangkan Islam pun tidak mampu menakhoda umat Islam di negara ini. Semuanya tidak ikhlas dan penuh dengan hasad dengki. Bercakaran sesama diri. Kesannya, orang Melayu dan umat Islam tersepit.
Sekejap lagi, saya akan tidur dan saya sudah maafkan kepada semua umat Islam dan bukan Islam. Saya pun berdoa moga orang lain pun akan maafkan kesalahan saya yang disedari atau tanpa disedari. Mungkin ini malam terakhir saya. Hanya Allah yang maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment