Saturday, January 2, 2010

Antara saya yang keliru dan Tok Guru yang mengelirukan

Membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu tidak seharusnya berlaku. Ia menimbulkan kemarahan orang Melayu yang sudah semestinya beragama Islam.
Setahu saya, kita sebagai orang Melayu, walaupun tidak mempunyai iman yang kuat dan penuh di dada, tetapi apabila ia membabitkan Islam dan Al-Quran, ramai yang marah. Bagi kita, soal mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin, adalah urusan individu, tetapi jangan apabila ia membabitkan Islam. Hakikatnya, umat Islam sedang marah di dalam hati, cuma ia tidak ditunjukkan.
Isu ini tidak harus berlaku di tahun 2010. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan sama sekali terhadap orang Islam.
Sebenanya, membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam. Sudah tentu ramai yang keliru apabila perkataan Allah digunakan dalam penerbitan agama Kristian dan sebagainya.
Tetapi, saya agak hairan, tidak pula Tok Guru bersuara dalam hal ini, atau Tok Guru merasakan penggunaan perkataan Allah ini dibolehkan dalam Islam. Biasanya Tok Guru mempunyai pendapat dan hujan tersendiri. Biasalah, Tok Guru kan hebat bab agama ini. Orang lain semua jahil. Cepatlah jawab Tok Guru. Ramai orang Islam tengah keliru dan saya selalu keliru dengan kenyataan Tok Guru yang selalu mengelirukan.

1 comment:

  1. tok guru tok guru...tok guru boleh undur diri,usia tok guru pun dah makin lanjut..

    ReplyDelete